Monday, May 31, 2010

Basbosa - Versi Melayu

Bahan-bahan A:
  1. 2 sudu teh serbuk penaik
  2. 3 sudu besar tepung gandum
  3. 250ml susu segar @ susu cair
  4. 1.5 cawan tepung suji
  5. 1 cawan gula kastor
  6. 1 cawan minyak masak
  7. 1 tin kecil cream
Bahan-bahan B:
  1. 200ml air
  2. air lemon & kulit lemon
  3. 80g gula pasir
  4. 1 sudu besar madu
Cara-cara:
  1. Masakkan bahan B (sebagai sirap)
  2. Kacau sebati, tepung gandum, tepung suji, gula kastor, serbuk penaik, susu segar dan minyak masak.
  3. Griskan acuan dgn marjerin. Tuangkan bahan campuran.
  4. Bakar selama 30 minit pada 175 Celcius
  5. Keluarkan & potong. Bakar semula 10 minit.
  6. Keluarkan dan curahkan sirap Bahan B

Saturday, May 22, 2010


PUDING ROTI CARAMEL

Bahan A:

1/2 cawan gula ..dicairkan dalam loyang yg nak dikukuskan nanti

Bahan B
1 buku roti [10 keping]
1 tin susu cair
1 tin air buah dari fruit cocktal/peach
2 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung kastad

Hiasan
1 tin buah koktel/peach

Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Gaul rata semua bahan B kecuali fruits cocktal dan tapis.
3. Masukkan bancuhan kedalam loyang yg ada gula yg telah dicairkan.
4. Tutupkan loyang dengan plastik glaze nipis.
5. Kukuskan selama 30 minit.
6. Sejukkan dahulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar.
7. Susunkan dengan perlahan-lahan isi buah fruit cocktail ta buah peach
8. Sejukkan...



Resepi oleh hanieliza

Oreo Cheese Cake

Bahan-bahan BASE :
120 g Oreo biscuits yang dikisar (biskut sahaja) 120 g mentega cair

Bahan-bahan FILLING :
(A)
2 biji kuning telur
120 g gula
160 ml susu

(B)
250 g cream cheese
2 1/2 sudu besar gelatin dicairkan dalam 6 sudu besar air mendidih
250 g whipping cream (dipukul sedikit)
1/2 sudu besar jus limau (lemon)
Krim dari biskut Oreo yang digunakan dalam BASE
2 keping biskut Oreo yang dipecahkan kecil (untuk menjadikan cake berbintik hitam)

Cara-cara:

BASE : Campurkan biskut dan mentega. Tekankan dalam baking tin bulat yang boleh dibuka bawahnye. Letakkan dalam peti sejuk untuk membiarkan basenya mengeras.

Masak bahan-bahan dalam (A) atas double boiler. Kacau sehingga mendidih dan sebati. [Jika tiada double boiler, letakkan periuk kecil dalam periuk besar yang diisi air, pastikan tiada air masuk periuk kecil dan masak bahan2 dalam periuk kecil]

Pukul cream cheese sehingga lembut dan masukkan bahan-bahan lain dalam (B). Pukul sehingga sebati. Masukkan bahan (A) yg telah di'double-boil'kan tadi
Tuangkan dalam Base yang disediakan dalam step 1. Sejukkan dalam peti sejuk (bukan freezer) selama 2-3 jam

Nota kaki 1: resepi sumbangan http://www.myresipi.com/top/detail/507
Nota kaki 2: gambar sumbangan Ms. Najwa

Oreo Cheese Cake - Edisi Bakar

Bahan-bahan untuk base:
butter + oreo

Bahan-bahan untuk kek:
1 cup susu pekat
1 cup plain yogurt
2 sudu besar tepung jagung
500g cheese Philadelphia
1 biji telur

Cara-cara:
  1. cairkan butter pastu gaulkan dengan oreo yg telah dihancurkan untuk dijadikan base
  2. semua bahan untuk kek dicampurkan dan putarkan sampai gebu.
  3. tuang atas base
  4. masukkan dlm oven bersuhu 150 C selama 30min
  5. selepas masak, biarkan sejuk sebentar, masukkan dlm fridge
Nota kaki: resepi ini sumbangan seorang kawan di UK - Ms Najwa

Pai epal



Bahan-bahan Inti:

  1. 6 epal hijau
  2. 200g gula pasir/perang
  3. 50g kismis (optional)
  4. 20g tepung jagung (dibahcuh dgn air)


Bahan-bahan Doh:

  1. 500g tepung gandum/halus
  2. 200g mentega
  3. 2 biji telur
  4. 250g gula halus

Cara-cara untuk inti:

  1. Masak gula pasir/perang hingga cair. Masukkan epal dgn kismis - gaul rata.
  2. Masukkan bancuhan tpg jagung dan masak hingga pekat


Cara-cara untuk doh:

  1. Ayak tepung dan gaulkan dgn gula halus.
  2. Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi serbuk roti.
  3. Tuang telur yang dikacau, sedikt demi sedikit.
  4. Gaulkan doh hingga tidak melekat. Sejukan 30 min.
  5. Canaikan doh, masukan ke dalam bekas pembakar. Tuangkan inti.
  6. Bakar dalam oren pd 175 c selama 30 minit.


Nota kaki: resepi ini saya dapat dari somewhere yang saya tak ingat... maaf ye tuan resepi...