Mushroom SoupBahan-bahan & Cara-cara:
5 cawan cendawan butang segar
1 1/2 cawan stok ayam (1 kiub ayam + air)
1/2 cawan bawang cincang
3 sdb mentega
3 sdb tepung gandum (kalau tak cukup pekat boleh tambah lagi)
1/4 sdt garam
1/4 sdt serbuk lada hitam
1 cawan half-and-half (1/2 cawan susu segar + 1/2 cawan whip cream)
1. Masukkan cendawan, stok ayam, bawang dan thyme dan periuk dan rebus selama hingga cendawan empuk.
2. Setelah empuk masukkan dalam food processor atau blender, kisar tapi jangan sampai hancur cendawan tu. Biar nampak chunky2 sikit.
3. Dalam periuk lain, cairkan mentega dan masukkan tepung. Kacau campuran tersebut sehingga sebati.
4. Masukkan campuran susu segar dan whip cream, garam, lada hitam dan campuran cendawan yang dikisar tadi.
5. Kacau selalu sehingga mencapai kepekatan yang dikehendaki.
CroutonsBahan-bahan & Cara-cara
7-8 keping roti
3 sudu minyak zaitun
3 ulas bawang putih ditumbuk
Garam secukup rasa
1.Potong roti kepada kiub-kiub kecil.
2. Campurkan minyak zaitun dan bawang putih tumbuk serta sedikit garam.
3. Gaulkan dengan roti tadi.
4. Letak roti atas baking pan bakar selama 10-20 minit sampai rangup dan warna keemasan.
5. Gaul selalu supaya dia bakar evenly.
Resepi sumbangan Kak Jeni (www.resepi.net)
- Posted using BlogPress from Ejalz iPhone