Friday, May 6, 2011

Apam balik




Bhn A
2 cwn tpg gamdum
1/2 cwn gula
4 st baking powder
1/2 st garam

Bhn B
2 cwn susu segar
1/2 cwn minyak
2 bijibtelur

Bhn C
Coklat rice
Jagung cream

Cara-cara:
Gaul sebati A.
Masukkan bahan B dlm blender. Then masukkan bahan A. Blend smpi halus.
Pnskan kuali. Sendukkan adunan. Tutup pan. Biar 3/4 msk
Letak bahan C. Lipat dan hidangkan


P/s Tuan asal resepi tak tahu siapa.. tapi dikongsikan oleh Zarina. Tenkiu tuan resepi.. Sedap resepinya...

- Posted using BlogPress by Ejalz

Thursday, April 7, 2011

Kuih sagu





Bahan-bahan:
150 gm sagu putih
2 cawan air
1/2 cawan gula
daun pandan
pewarna merah/hijau
kelapa muda - parut dan gaul dengan sedikit garam

Cara Memasak:-
1. Basuh sekejap sagu dan toskan (jangan basuh lama2).
2. Masak air bersama gula hingga gula larut.
3. Masukkan daun pandan dan pewarna.
4. Bila air mendidih masukkan sagu dan perlahankan sikit api. 5. Kacau sagu hingga menjadi jernih sikit.
6. Bila telah pekat, tuang ke dalam loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu.
7. Sejukkan dan potong. Gaul dengan kelapa parut

(resepi diceduk dari http://sudipkayu.blogspot.com/2008/03/kuih-sagu.html. Thank you for sharing)


- Posted using BlogPress by Ejalz

Wednesday, April 6, 2011

Pancakes




1 cwn susu
1 biji telur
1 sudu besar gula
1/2 cwn tepung
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 cwn cream
Sedikit garam

Cara2:
Ayak tepung bersama baking powder dan garam. Maukkan telur yang dipukul dan gula. Tambah susu dan cream. Gaulkan semua menjadi batter yang nipis.
Cairkan butter dalam pan dan masakkan adunan dgn api panas.

Nota: adunan ini mengunakan gula yang sedikit. Jadi makan pancake dgn sirup madu.

- Posted using BlogPress by Ejalz

Sunday, February 27, 2011

Puding Roti Bersos Kastad




Bahan A:
500 ml susu segar/fresh milk
8 keping roti

Bahan B:
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung

Bahan C:
2 sudu besar kismis hitam

Bahan Sos Kastad:
1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad
2 s/b gula

CARA:
1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
2. Kacau dan gaul rata bahan B.
3. Masukkan kismis dan tuangkan kedalam loyang.
4. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak.
5. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
6. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.


NOTE: resepi adalah milik Chef Hanieliza

- Posted using BlogPress by Ejalz

Friday, February 4, 2011

Laksa




500gm laksa basah-direndam dalam air panas sebentar
1 biji timun dihiris panjang2
3 biji telur rebus-potong 4 setiap satu
4 biji limau kasturi-potong 2
1 bawang besar dimayang

Bahan-bahan untuk kuah:-
*4 ekor ikan kembung (dibersihkan dan direbus)
*8 keping asam keping
2 tangkai daun kesum
1/2 bunga kantan

Bahan kisar :-
8-10 cili kering
2.5cm belacan
1 biji bawang besar
garam secukup rasa

Cara-cara:
Ikan yg direbus, di tos airnya, dibuang tulangnya. Airnya disimpan untuk kuah nanti.
Isi ikan dikisar.
Masukkan isi ikan, air rebusan, bahan2 kisar yg lain, asam keping, daun kesum, dan bunga kantan. Biarkan mendidih.
Masukkan garam secukup rasa.



- Posted using BlogPress by Ejalz

Friday, December 31, 2010

Kek Karot Kukus




Bahan-bahan:
250 g butter
150 g gula halus
3 biji telur
1 s/k esen vanilla
200 g carrot [parut dan celur - toskan kering]
100g prune cincang
50 g kismis
230 g tepung gandum ]
1 s/k baking powder ] ayakkan
1 s/k serbuk kulit kayu manis ]

Cara-cara:
1. Panaskan kukusan
2. Butter dan gula dipukul sehingga gebu.
3. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata.
4. Masukkan esen vanila dan kacau lagi.
5. Masukkan tepung gandum yg telah diayakkan bersama baking powder dan serbuk kayu manis.
6. Masukkan carrot, kismis dan prune.
7. Gaul rata dan masukkan dalam acuan yg dilapikkan kertas
8. Kukuskan dalam kukusan selama 50 minit
9. Bila telah masak, sejukkan dan sapukan cream keju.

Resepi oleh Hanieliza.


- Posted using BlogPress by Ejalz

Thursday, December 9, 2010

Tat buah







Bahan-bahan untuk pastry:

240 gm tepung gandum
45 gm tepung jagung
75 gm gula icing
150 gm butter
2 biji kuning telur
sedikit esen vanila dan garam

Cara-caranya:

Ayak bahan-bahan kering,masukkan butter,gaul sampai jadi serbuk roti baru masukkan kuning telur dan esen vanila.Uli hingga jadi doh dan masukkan kedalam acuan tat dan tekan tekan mengikut bentuk acuannya.Potong lebihan doh agar tat tu menjadi lebih kemas.Cucukkan dengan garfu bahagian bawah tat sebelum dibakar.Bakar sehingga masak.

Bahan-bahan untuk kastadnya:

1 tbsp tepung gandum
1tbsp tepung kastad
4 tabsp gula halus
1 1/2 cawan susu segar
1 tbsp butter

cara-caranya:

Bancuhkan semua bahan-bahan diatas ,masukkan dalam periuk yang tidak melekat dan kacau atas api yang perlahan sampai masak.Sudukan kedalam tat dan hiaskan dengan hirisan buah-buahan yang anda suka.


(Resepi ni saya dapat dari internet tp dah lupa sumbernya. Thanks ye owner of recipe)


- Posted using BlogPress by Ejalz