Resepi ni dari blog kak ina (http://mama-bungas.blogspot.com).. kat situ ada kot tuan asal resepi nih.... kita panjang-memanjangkan resepi boleh yeee tuan asal... sedappp ni... dah dicuba walaupun tanpa bread improver dan bread softener (sebab takde dan tak pernah guna pun sebelum ni.. hehe..)
Bahan-bahan
Filling
- 200 gm mentega
- 1/2 teaspoon vanilla essence
- 70 gm brown sugar
Topping
- 200 gm mentega
- 160 gm gula icing
- 3 biji telur grade A- pukul sedikit
- 1 sudu kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
- 200 gm tepung gandum
Doh Roti
- 500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
- 2 sudu kecil bread improver + 2 sudu kecil bread softener( optional)
- 20 gm susu tepung
- 75 gm gula castor
- 3 sudu kecil dry yeast
- 1 sudu kecil garam
- 1 biji telur- dipukul
- 250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
- 60 gm mentega
Cara-cara
- Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.
- Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.
- Doh Roti
- Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
- Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
- Masukkan telur dan air/susu segar.
- Uli adunan sehingga menjadi adunan lembut selama 10-15 minit.
- Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
- Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar
- Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
- Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
- Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
- Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan