Monday, September 26, 2011

Mini Oreo Cheese Cake





Filling:

250gm Cream Cheese (Philadelphia boleh, Kiri pun boleh)
130gm coklat compound putih
1/2 biji lemon (ambil jusnya)
25gm Oreo Crumb
1/2 sudu kecil Vanilla

Base: Biskut Oreo

Cara2:
1) Pastikan cream cheese berada pada suhu bilik sebelum mengadunnya menggunakan mixer. Sekiranya cream cheese masih sejuk dan terus diadun dengan mixer, hasil adunan akan menjadi berketul-ketul dan tidak licin.

2) Masukkan cream cheese ke dalam bekas mixer dan adunkannya dengan mixer sehingga kembang dan nampak 'fluffy'. Selepas itu, masukkan perahan jus lemon ke dalam adunan ini dan adunkan sehingga sebati.

3) Kemudian, cairkan coklat compound White dan sejukkannya.

4) Selepas itu, campurkan adunan dari langkah (2) dengan coklat compund putih cair yang telah disejukkan tadi (jangan masukkan coklat compund cair yang masih panas ke dalam adunan cream cheese kerana ia boleh menyebabkan adunan berminyak). Kacau adunan hingga sebati tanpa menggunakan mixer.

5) Seterusnya, campurkan oreo crumb dan 1/2 sudu kecil Vanilla ke dalam adunan filling cheese cake untuk memberikan aroma yang wangi dan menyelerakan.

6) Gunakan biskut oreo sbg base dlm paper cup. Tuang filling dlm paper cup. Sejukkan dlm peti ais


Nota: Tak ingat sumber resepi ni. Tapi pastinya jumpa lepas googling. Thanks to owner; who ever you are. Good recipe!!


- Posted using BlogPress by Ejalz

No comments:

Post a Comment