Monday, May 31, 2010

Basbosa - Versi Melayu

Bahan-bahan A:
  1. 2 sudu teh serbuk penaik
  2. 3 sudu besar tepung gandum
  3. 250ml susu segar @ susu cair
  4. 1.5 cawan tepung suji
  5. 1 cawan gula kastor
  6. 1 cawan minyak masak
  7. 1 tin kecil cream
Bahan-bahan B:
  1. 200ml air
  2. air lemon & kulit lemon
  3. 80g gula pasir
  4. 1 sudu besar madu
Cara-cara:
  1. Masakkan bahan B (sebagai sirap)
  2. Kacau sebati, tepung gandum, tepung suji, gula kastor, serbuk penaik, susu segar dan minyak masak.
  3. Griskan acuan dgn marjerin. Tuangkan bahan campuran.
  4. Bakar selama 30 minit pada 175 Celcius
  5. Keluarkan & potong. Bakar semula 10 minit.
  6. Keluarkan dan curahkan sirap Bahan B

Saturday, May 22, 2010


PUDING ROTI CARAMEL

Bahan A:

1/2 cawan gula ..dicairkan dalam loyang yg nak dikukuskan nanti

Bahan B
1 buku roti [10 keping]
1 tin susu cair
1 tin air buah dari fruit cocktal/peach
2 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung kastad

Hiasan
1 tin buah koktel/peach

Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Gaul rata semua bahan B kecuali fruits cocktal dan tapis.
3. Masukkan bancuhan kedalam loyang yg ada gula yg telah dicairkan.
4. Tutupkan loyang dengan plastik glaze nipis.
5. Kukuskan selama 30 minit.
6. Sejukkan dahulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar.
7. Susunkan dengan perlahan-lahan isi buah fruit cocktail ta buah peach
8. Sejukkan...



Resepi oleh hanieliza

Oreo Cheese Cake

Bahan-bahan BASE :
120 g Oreo biscuits yang dikisar (biskut sahaja) 120 g mentega cair

Bahan-bahan FILLING :
(A)
2 biji kuning telur
120 g gula
160 ml susu

(B)
250 g cream cheese
2 1/2 sudu besar gelatin dicairkan dalam 6 sudu besar air mendidih
250 g whipping cream (dipukul sedikit)
1/2 sudu besar jus limau (lemon)
Krim dari biskut Oreo yang digunakan dalam BASE
2 keping biskut Oreo yang dipecahkan kecil (untuk menjadikan cake berbintik hitam)

Cara-cara:

BASE : Campurkan biskut dan mentega. Tekankan dalam baking tin bulat yang boleh dibuka bawahnye. Letakkan dalam peti sejuk untuk membiarkan basenya mengeras.

Masak bahan-bahan dalam (A) atas double boiler. Kacau sehingga mendidih dan sebati. [Jika tiada double boiler, letakkan periuk kecil dalam periuk besar yang diisi air, pastikan tiada air masuk periuk kecil dan masak bahan2 dalam periuk kecil]

Pukul cream cheese sehingga lembut dan masukkan bahan-bahan lain dalam (B). Pukul sehingga sebati. Masukkan bahan (A) yg telah di'double-boil'kan tadi
Tuangkan dalam Base yang disediakan dalam step 1. Sejukkan dalam peti sejuk (bukan freezer) selama 2-3 jam

Nota kaki 1: resepi sumbangan http://www.myresipi.com/top/detail/507
Nota kaki 2: gambar sumbangan Ms. Najwa

Oreo Cheese Cake - Edisi Bakar

Bahan-bahan untuk base:
butter + oreo

Bahan-bahan untuk kek:
1 cup susu pekat
1 cup plain yogurt
2 sudu besar tepung jagung
500g cheese Philadelphia
1 biji telur

Cara-cara:
  1. cairkan butter pastu gaulkan dengan oreo yg telah dihancurkan untuk dijadikan base
  2. semua bahan untuk kek dicampurkan dan putarkan sampai gebu.
  3. tuang atas base
  4. masukkan dlm oven bersuhu 150 C selama 30min
  5. selepas masak, biarkan sejuk sebentar, masukkan dlm fridge
Nota kaki: resepi ini sumbangan seorang kawan di UK - Ms Najwa

Pai epal



Bahan-bahan Inti:

  1. 6 epal hijau
  2. 200g gula pasir/perang
  3. 50g kismis (optional)
  4. 20g tepung jagung (dibahcuh dgn air)


Bahan-bahan Doh:

  1. 500g tepung gandum/halus
  2. 200g mentega
  3. 2 biji telur
  4. 250g gula halus

Cara-cara untuk inti:

  1. Masak gula pasir/perang hingga cair. Masukkan epal dgn kismis - gaul rata.
  2. Masukkan bancuhan tpg jagung dan masak hingga pekat


Cara-cara untuk doh:

  1. Ayak tepung dan gaulkan dgn gula halus.
  2. Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi serbuk roti.
  3. Tuang telur yang dikacau, sedikt demi sedikit.
  4. Gaulkan doh hingga tidak melekat. Sejukan 30 min.
  5. Canaikan doh, masukan ke dalam bekas pembakar. Tuangkan inti.
  6. Bakar dalam oren pd 175 c selama 30 minit.


Nota kaki: resepi ini saya dapat dari somewhere yang saya tak ingat... maaf ye tuan resepi...

Sunday, December 27, 2009

Makaroni Pizza

Masakan ni diadaptasi dari rancangan Rachel Ray - 30 minutes meal.

Bahan asasnya adalah dari lebihan makanan, samada makaroni goreng atau makaroni yang dimakan dengan kuah spaghetti.

Kaedahnya:
  1. panaskan semula lebihan makanan tu dalam 5 minit.
  2. masukkan 5 biji telur (dipukul dahulu) - ini untuk ukuran frying pan saiz besar. ratakan ke atas keseluruhan makaroni
  3. apabila telur hampir nak masak, tutupkan api, sapukan kuah spaghetti (dari botol tu...) sebagai lapisan teratas sekali
  4. kemudian taburkan shredded cheese
  5. akhir sekali, bakar didalam oven selama lebih kurang 10 - 15 minit, pada 350 degree F

Friday, December 4, 2009

Ayam Bersos Lemon

Resepi ni diambil dari Hanieliza (http://hanieliza.fotopages.com/?entry=564638)


Bahan
400 gm ayam tanpa tulang, dipotong ke 2 kepingan sama
2 s/k Serbuk Pati Ayam MAGGI
lada sulah secukup rasa
1 biji telur, dipukul sedikit
1 cawan tepung jagung (auntuk menyalut ayam)
minyak untuk goreng terendam
2 ulas bawang putih (cincangkan)

A
1 cawan Jus Oren sunkist [2 biji]
1 s/k Serbuk Pati Ayam MAGGI
1 c/k gula atau secukup rasa
1 s/k minyak bijan (jika suka)
2 s/k tepung jagung dicampur dengan
2 s/b air
1 biji oren, dihiris [boleh gunakan lemon]
2 biji tomato, dipotong berbaji
pasli & cili merah


Cara
1. Buat hirisan pangkah di atas permukaan daging ayam.
Perapkann ayam dengan Pati MAGGI dan lada hitam selama 10 minit.

2. Sadur nipis ayam dengan telur, kemudian dengan tepung jagung
Goreng terendam ayam hingga kekuningan dan tuskan.

3. Keluarkan minyak hingga tinggal 2 s/besar dalam kuali.

4. Tumis bawang putih hingga kekuningan, masukkan bahan A dan masak hingga mendidih.

5. Pekatkan sos dengan campuran tepung jagung.

6. Potong ayam ke kepingan yang disukai dan senduk sos ke atasnya.
Hias dengan hirisan oren, tomato, pasli dan cili.