Sunday, November 29, 2009

Mexican Bun

Resepi ni dari blog kak ina (http://mama-bungas.blogspot.com).. kat situ ada kot tuan asal resepi nih.... kita panjang-memanjangkan resepi boleh yeee tuan asal... sedappp ni... dah dicuba walaupun tanpa bread improver dan bread softener (sebab takde dan tak pernah guna pun sebelum ni.. hehe..)

Bahan-bahan

Filling
  • 200 gm mentega
  • 1/2 teaspoon vanilla essence
  • 70 gm brown sugar

Topping

  • 200 gm mentega
  • 160 gm gula icing
  • 3 biji telur grade A- pukul sedikit
  • 1 sudu kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
  • 200 gm tepung gandum

Doh Roti

  • 500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
  • 2 sudu kecil bread improver + 2 sudu kecil bread softener( optional)
  • 20 gm susu tepung
  • 75 gm gula castor
  • 3 sudu kecil dry yeast
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji telur- dipukul
  • 250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
  • 60 gm mentega

Cara-cara

  1. Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.
  2. Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.
  3. Doh Roti
  • Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
  • Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
  • Masukkan telur dan air/susu segar.
  • Uli adunan sehingga menjadi adunan lembut selama 10-15 minit.
  • Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
  • Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar
  • Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
  • Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
  • Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
  • Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan