Friday, May 20, 2011




Bahan-bahan:
1. 250g cream cheese (kat sini saya guna 1 box cheese Kiri 24 ketul)
2. 200cc/ml fresh cream
3. 2 sudu besar jus lemon
4. 3 sudu besar tepung gandum
5. 2 biji telur
6. 90g gula

Cara-cara:

1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blender. Mix biar sampai jadi cream
3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.


Nota: tuan asal resepi tak ingat la sbb byk sgt browsing cari resepi smpi tak ingat dah. Thanks ya owner for sharing the yummilicious cheese cake.

- Posted using BlogPress by Ejalz

Thursday, May 12, 2011

Kek Karamel




Bahan A – Gula hangus:
2 sudu besar

Cara: Taburkan gula secara sekata di atas loyang dan masak atas api perlahan sehingga perang. Ketepikan, biar sejuk

Bahan B – Karamel
1/2 tin susu cair (susu luna tin besar)
70 gram gula caster (7 sudu besar je - rasa tak la manis sangat)
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Cara: Kacau sebati – pastikan tiada buih dan tapis di atas gula hangus yang sudah beku

Bahan C – Kek
140 gram tepung gandum
70 gram gula castor (8 sudu besar)
3 biji kuning telur
135 ml air (7 sudu besar)
7 sudu besar minyak sayuran
1 sudu teh baking powder (tidak perlu jika menggunakan tepung naik sendiri)

Cara:
1. Kuning telur, air dan minyak dipukul sehingga kembang.
2. Masukkan gula, pukul lagi hingga naik sekali ganda.
3. Masukkan tepung dan baking powder.
4. Ketepikan sementara kita siapkan bahan D

Bahan D – Meringue
6 biji putih telur
70 gram gula castor (8 sudu besar)
1 sudu teh cream of tartar

Cara:
1. Pukul bahan-bahan atas sehingga kembang dan tidak jatuh bila diangkat dengan sudu

Kaedah terakhir:
1. Satukan bahan C dan D. Kaup-balik sehingga sebati.
2. Bahagikan kepada 3 bahagian, dan titiskan pewarna berlainan kepada setiap bahagian. Kacau sehingga warna sebati.
3. Di dalam loyang berisi karamel dan gula hangus tadi, sendukkan 1 bahagian warna kek ke bahagian tengah karamel.
4. Sendukkan warna yang lain ke tengah-tengah bahagian adunan kek yang disendukkan sebelum ini. Ulang proses ini sehingga adunan kek habis.
5. Panaskan oven dengan suhu 375 F. Masak kek secara double boiler (letak loyang adunan di atas loyang lain yang berisi air).
Masak selama 40 minit di bahagian bawah oven.
6. Bila masak, keluarkan dan sejukkan sebelum diterbalikkan di atas bekas yang sesuai..




Inilah rupa adunan sebelum dimasak.



Nota: Resepi ini diajarkan pada saya oleh ZZ, yang diajar padanya oleh Pn. Mazlizan. Terima kasih semua..


- Posted using BlogPress by Ejalz

Friday, May 6, 2011

Apam balik




Bhn A
2 cwn tpg gamdum
1/2 cwn gula
4 st baking powder
1/2 st garam

Bhn B
2 cwn susu segar
1/2 cwn minyak
2 bijibtelur

Bhn C
Coklat rice
Jagung cream

Cara-cara:
Gaul sebati A.
Masukkan bahan B dlm blender. Then masukkan bahan A. Blend smpi halus.
Pnskan kuali. Sendukkan adunan. Tutup pan. Biar 3/4 msk
Letak bahan C. Lipat dan hidangkan


P/s Tuan asal resepi tak tahu siapa.. tapi dikongsikan oleh Zarina. Tenkiu tuan resepi.. Sedap resepinya...

- Posted using BlogPress by Ejalz