Friday, January 27, 2012

Red Velvet Cake




(Resepi dari MyResepi.com)

Bahan-bahan:

[Cake]
2 1/2 cup tepung kek
(Subtitute: 1 cup tepung kek = 2 sudu kecil cornstarch dlm 1 measuring cup n isikan selebihnya dgn all purpose flour. ayak 3 kali.)
1 sudu kecil serbuk penaik diayak
2 sudu besar serbuk koko tanpa pemanis (van houten)
2 oz (1/4 cup) pewarna merah (campurkan dengan serbuk koko sampai jadi pes)
1/2 cup butter
1 1/2 cup gula
2 biji telur pada suhu bilik
1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
(Subtitute: 1 sudu kecil powdered vanila)
1 cup buttermilk pada suhu bilik
(Subtitute: Campur 1 cup (240 ml) susu kotak full cream dgn 1 3/4 sbesar cream of tartar atau 1 sbesar cuka putih atau 1 sbesar jus lemon)
1 sudu kecil cuka putih
(Subtitute: 1/3 cup lemon juice utk 1/4 cup cuka)
1 sudu kecil sodium bikarbonat @ baking soda

[Frosting]
2 buku cream cheese, dilembutkan
1/2 cup butter dilembutkan
1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
2 cup gila icing, diayak. kalau xsuke manis boleh kurangkan gula tp saya guna 2 1/2 cup

Cara-cara:

[Cake]
sapukan butter pada 2 loyang bulat bersaiz 9 inci ataupun 3 loyang bulat bersaiz 8 inci.
Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius.
Ayakkan bersama tepung kek dan serbuk penaik di dalam satu bekas sederhana.
Di dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga menjadi pes yang tidak berketul.
Dalam satu bekas besar, pukul butter dengan gula sehingga kembang.
Masukkan telur satu per satu, kemudian masukan esen vanila dan pes koko merah tadi.
Ratakan campuran dengan spatula sambil memukul.
Perlahankan mixer, masukkan 1/3 daripada tepung dan pukul rata, kemudian masukkan 1/2 daripada buttermilk, pukul rata lagi.
Masukkan 1/3 lagi tepung, pukul dan semua buttermilk, pukul dan kemudian kesemua tepung yang tinggal.
Campurkan cuka dengan baking soda dalam satu bekas kecil. Nanti die berbuih. Cepat2 campurkan dalam adunan kek dan gaul
Kemudian masukkan dalam loyang dan bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit. Kek ni moist, jadi kena check awal. Keluarkan cepat-cepat bila lidi dan bersih.
Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang. Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum meletakkan frosting.

[Frosting]
Pukul butter dengan cream cheese sampai halus
perlahankan mixer, tambahkan gula icing dan esen vanila.

[Combine]
Untuk letak frosting, terbalikkan kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas, sapu frosting di bahagian rata kek,lagi tebal lagi sedap. kemudian letakkan kek yang kedua atas kek tadi, bahagian yang rata menghadap bawah. kemudian sapu frosting di seluruh kek.


- This entry is posted using BlogPress

No comments:

Post a Comment