Thursday, June 25, 2009

Mee Kuning

Resepi disediakan di rumah Kak Ina - MamaBungas

Bahan-bahan


500gm tepung gandum
1 biji telur
200ml air
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
Minyak secukupnya
Air bercampur minyak untuk merebus



Caranya

1) Satukan telur, serbuk kunyit dan air. Kemudian campurkan kedalam tepung.

2) uli sehingga menjadi adunan tetapi adunan mee agak kering bukan macam buat doh karipap (ala-ala serbuk roti)

3) ambil sedikit adunan dam masukkan ke dalam mesin pasta pada no 1. Jika adunan berderai jangan khuatir kerana adunan akan bersatu setelah terus di putar

4) Putar adunan sehingga tepung nampak rata dan tukar tahap nipisnya dengan no besar (no 4 atau no 5)

5) Setelah semua adunan nipis, masukkan ke dalam pemotong mesin pasta yang bergigi kecil Terus memotong sehingga adunan habis

6) Setelah itu rebus mee selama 2 minit, jika terlalu lama mee akan kembang

7) Toskan air, tuang sedikit minyak sementara mee masih panas jika tidak mee akan melekat.

8) Sejukkan mee. Boleh terus diguna atau disimpan.


No comments:

Post a Comment