Friday, June 26, 2009

Nasi Kabsa Segera..

Walaupun kelas memasak dah cuti tapi kerja memasak tetap kena teruskan jugak, selagi masih berada di Yanbu ni.. huhu...
Hari minggu ni, saya telah mencuba memasak nasi kabsa tapi menggunakan rencah segera - dari dalam paket, jenama Knorr.. Sebab tu lah saya panggil nasi kabsa segera..





Mula-mula masukkan perencah kabsa ke dalam air dan didihkan.. bila air dah mendidih, barulah masukkan beras basmati.. dan masakkan hingga airnya kering.. (macam masak nasi biasa). Untuk lebihkan rasa pada nasi, tambahkan hirisan lobak merah dan capsicum merah ke dalam nasi..


Bila nasi dah masak, inilah rupanya... rasanya bolehlah tahan.. cuma tak rasa original macam nasi kabsa yang beli di kedai arab.. kihkihkih....
Untuk dilawankan dengan nasi kabsa ni, saya buatkan ayam bakar madu ...
Cara-caranya mudah jek...
Kisarkan bawang putih, bawang merah dan halia. Kemudian diperapkan pada ayam (potongkan sederhana saiznya). Tambahkan juga sedikit madu (dalam 2 sudu besar), sos tiram, serbuk lada hitam (optional) dan garam. Seeloknya ayam diperap dalam masa sejam sebelum dibakar... Setelah itu, boleh la dibakar di dalam oven dengan suhu 350F sehingga ayam masak (dalam 30-45 minit).




Gambar di atas adalah sebelum ayam di bakar... yang kanan ni pulak selepas siap dibakar..


3 comments:

  1. hello chef!,Wah sedap tu..tapi tu ler budah-budak ni kalau makan ..hiasan semua mak ngan ayah makan...jadi nasi kosong jer lah. Anyway akak memang tak pernah masak pun resepi tu insya allah kalau ada rempahnye tu lebur je dlam periuk ek.

    ReplyDelete
  2. kak lyn.. setakat nak bawak balik mesia, and jamu orang mesia, kira okay lah tu pakai mix tu... jgn jamu orang arab sudah.. buat kena gelak jek.. haha...

    ReplyDelete
  3. wah sedap la...lebis sedap dari pada beli kat kedai tu..dah la mahal...

    ReplyDelete